Perkhidmatan     Kemudahan     Informasi     Etika Perubatan Islam Laman Utama   Mengenai Kami   Berita & Aktiviti   Kerjaya   Hubungi Kami  
Etika Perubatan Islam
 
Maqasid Syariah
Qawaid As-Syariah
 
 
laman utama » etika perubatan Islam» maqasid syariah
Maqasid Syariah & Qawaid As-Syariah
Maqasid Syariah  merupakan satu teori yang dapat membantu seseorang perawat mengetahui hukum halal haram sesuatu tindakan perubatan terhadap pesakitnya dan demi mencapai redha Allah.

Imam Ghazali antara yang terawal membahaskan teori ini yang menyatakan bahawa tujuan hukum syariah adalah penting untuk memelihara 5 perkara asas yang penting:-

  • Agama / Ad-din
  • Nyawa
  • Keturunan
  • Akal / Intelek
  • Harta

1) Memelihara Agama
Rawatan perubatan menyumbang secara langsung kepada tujuan penciptaan manusia iaitu ibadah kepada Allah
Badan yang lemah / sakit tentunya menyukarkan penyempurnaan ibadah
Ibadah mesti diteruskan walaupun dalam keadaan sakit selagi fikiran waras

2) Memelihara nyawa
Tujuan utama perubatan ialah memelihara nyawa
Perubatan tidak dapat menunda kematian ataupun menghalang kematian kerana hal itu adalah di dalam kekuasaan Allah swt
Ia hanya berperanan untuk meningkatkan kualiti hidup sebelum tibanya ajal
Kemajuan perubatan menyumbang kepada kesejahteraan hidup dengan memastikan fungsi fisiologikal terpelihara
Ilmu perubatan bermanfaat di dalam pencegahan, perawatan dan juga pemulihan kesihatan manusia

3) Memelihara Keturunan
Kemajuan perubatan menyumbang kepada kelangsungan kehidupan manusia
Penjagaan kesihatan kanak-kanak sangat penting demi memastikan mereka membesar menjadi manusia dewasa yang sihat
Rawatan kesuburan bermanfaat telah berjaya memberikan anak kepada pasangan yang mandul
Penjagaan rawatan ante-natal, intra partum care dan post-partum memastikan kesihatan ibu berada tahap yang optimum

4) Memelihara Akal
Kemajuan ilmu perubatan mampu berperanan memelihara akal
Penyembuhan penyakit fizikal menghilangkan tekanan yang mengganggu fikiran
Rawatan penagihan alkohol dan arak mampu mencegah dan mengembalikan tahap kecerdasan minda

5) Memelihara Harta
Kekayaan sesebuah masyarakat itu berkait rapat dengan daya produktiviti warganya yang sihat
Program pencegahan penyakit seperti immunisasi, promosi gaya hidup sihat dan rawatan penyakit adalah usaha penting untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat
Walaubagaimanapun, rawatan terhadap pesakit kritikal memerlukan biaya yang tinggi.  Ini boleh menimbulkan isu etika kerana dana untuk rawatan mungkin lebih bermanfaat untuk digunakan pada pesakit lain yang menghidap penyakit yang boleh disembuhkan

Rujukan:
Maqasid As-Syariah & Qawaid As-Syariah dalam Amalan Perubatan / Kejururawatan, Dr Hj Ariff Bin Osman, International Islamic University Malaysia, Pahang.

Hakcipta © 2006-2016, Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Webmaster
Klinik Al-Farabi OHS Jujur Mahir Sdn. Bhd.