Perkhidmatan     Kemudahan     Informasi     Etika Perubatan Islam Laman Utama   Mengenai Kami   Berita & Aktiviti   Kerjaya   Hubungi Kami  
Mengenai Kami
 
Latar Belakang
Doktor
• Doktor Pakar
• Pegawai Perubatan
Sokongan
Profil
• Pengerusi
• Pengarah Eksekutif
• Lembaga Pengarah
• Carta Organisasi
Falsafah
• Visi & Misi
• Etika Kerja Islam
• Risalah & Wawasan
• Logo & Ikrar
 
 
laman utama » mengenai kami » profil » pengerusi
Pengerusi



YDH Orang Kaya Indera Pahlawan

Dato’ Sri Wan Hj. Abdul Wahid bin Hj. Wan Hassan
SSAP.,SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.

 

Dato’ Sri Wan Hj. Abdul Wahid bin Hj. Wan Hassan merupakan Pengerusi Hospital Pakar PRKMUIP Sdn Bhd sejak 01hb. Mei 2001. Dato’Sri juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mulai Disember 2000 sehingga kini.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada 1968 dan Diploma Pentadbiran Awam1971 dari Universiti Malaya. Memperoleh Sijil Pentadbiran Pengurusan Sumber Tanah dari University of Cambridge, UK dan Sijil Pengurusan Lanjutan dari University of Pittsburg, USA.

Berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomati sebagai pegawai daerah kuala Selangor 1971-1973, pegawai daerah hulu Selangor 1973-1975, timbalan setiausaha kerajaan Pahang 1976-1978, pegawai kemajuan negeri Pahang 1978-1989, pengarah tanah dan galian Pahang 1989-1990.

Ketua pengarahjabatan perpaduan Negara 1990-1992, timbalan ketua setiausaha kementerian tanah dan pembangunan koperasi 1992-1995, ketua pengarah tanah dan galian persekutuan 1995-1999 sebelum bersara. Menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri Pahang September - Disember 2000 dan kemudian dipilih sebagai Timbalan YDP Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang sejak Disember 2000 hingga sekarang.

Dato’ Sri seorang yang berkarisma tinggi dan berpandangan jauh serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang telus dan berwawasan bagi menjadikan Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. sebuah pusat perubatan Islam yang unggul di Negeri Pahang Darul Makmur.

 

Hakcipta © 2006-2016, Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Webmaster
Klinik Al-Farabi OHS Jujur Mahir Sdn. Bhd.