Perkhidmatan     Kemudahan     Informasi     Etika Perubatan Islam Laman Utama   Mengenai Kami   Berita & Aktiviti   Kerjaya   Hubungi Kami  
Mengenai Kami
 
Latar Belakang
Doktor
• Doktor Pakar
• Pegawai Perubatan
Sokongan
Profil
• Pengerusi
• Pengarah Eksekutif
• Lembaga Pengarah
• Carta Organisasi
Falsafah
• Visi & Misi
• Etika Kerja Islam
• Risalah & Wawasan
• Logo & Ikrar
 
 
laman utama » mengenai kami » profil » pengarah eksekutif
Pengarah Eksekutif



Dr. Hj. Abdul Razak Bin Hj. Abdullah

DIMP, AMP.

 

Dr. Hj. Abdul Razak Bin Hj. Abdullah merupakan Pengarah Eksekutif Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. sejak 1hb April 1996. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran M.B.B.Ch. dari Universiti Zagazic, Egypt pada tahun 1984.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Pelatih di Hospital Besar Seremban dari tahun 1984 hingga 1985. Pada akhir tahun 1985, beliau telah mulai bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan di bawah unit kecemasan dan pesakit luar.

Pada tahun 1986, beliau telah ditukarkan ke unit "Medical" selama 6 bulan dan kemudiannya ditugaskan ke unit "Obstetrik and Gynaelogy" sehingga tahun 1990.

Beliau seorang yang berwawasan tinggi telah menubuhkan sebuah Hospital Bersalin dan Klinik Pesakit Luar Swasta pada 16hb Februari 1990 yang dinamakan Pusat Rawatan Keluarga Sdn. Bhd. dan Klinik Lufti Dan razak bersama-sama dengan Allahyarham Dr. Shaikh Ahmad Latfi bin Shaikh Ahmad dan Dr. Hj. Kamarizan bin Kamaruddin, AMP. Usaha gigih beliau bersama-sama rakan sekerja yang lain telah membuka lembaran baru bagi masyarakat sekitar Kuantan khasnya sebagai sebuah Hospital Bersalin Islam yang pertama di bandar ini dan berjaya memberi perkhidmatan yang baik dan berkualiti sehingga ke hari ini.

Beliau seorang yang aktif dan pernah memegang jawatan Presiden Schomos (Health Officer & Specialist Society) pada tahun 1986 sehingga 1990 dan juga merupakan ahli Persatuan Perubatan Malaysia sehingga tahun 1995. Beliau juga aktif dalam bidang sukan khasnya sukan badminton dan pernah dilantik sebagai Pengurus Kelab Badminton Kurnia Sepakat, Kuantan pada tahun 2003.

Dr. Hj. Abdul razak merupakan seorang yang berkarisma tinggi dan disegani oleh kakitangan lain dan juga pesakit kerana perwatakan beliau yang sederhana serta keprihatinan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh beliau dalam menjalankan tugas. Wawasan tinggi beliau juga telah membawa Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. berkembang maju dari tahun 1990 sehingga kini dan berjaya memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih baik serta membuka ruang pekerjaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

 

Hakcipta © 2006-2016, Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Webmaster
Klinik Al-Farabi OHS Jujur Mahir Sdn. Bhd.